ruyung sudah pecah,
bertaburan
tadi pecah kerana terhantuk, bukan disengajakan
tapi engkau terlalu malas mengutipnya
tidak ku suruh mengutip kepingan ruyung,
nanti berdarah, engkau sendiri yang merana
tapi engkau terlalu malas
mungkin juga penakut
atau lemas dalam hedonisma
engkau buta dan membutakan
engkau sesat dan menyesatkan
engkau leka dan melekakan
tapi engkau seronok dan menyeronokkan
kutiplah kepingan ruyung dengan iman
biar pecah, tampallah
biar buruk, cucilah,
biar busuk, wangikanlah
dulu, saat engkau tergoda dengan dunia
kau membiarkan
kau merelakan
katamu aku ketinggalan
kataku kau kelemasan
kau mampu senyum saat dunia dalam tangisan
tanpa sedar kau sudah hilang dari kewujudan seorang insan
pulanglah, pangkal jalan masih menanti,
sebab ruyung sudah dipecahkan
sagu pun melimpah
kutip sahaja
kerana walau sagu tak semanis marshmallow,
itu sahajalah yang engkau ada
No comments:
Post a Comment