Wednesday 29 June 2011

kenangan semalam

jangan ditanya tentang semalam
bila bulan separa terang
hilai tawa, gelak suka seolah makin terang dari bintang
nuansanya, lebih indah dari aurora
sinarnya tak siapa mampu mencipta

terkadang hati terdetik imbasan lalu
jalan masih sama
figura sudah berbeza
dahulunya jalan ini riuh rendah
kini masih menyeronokkan, cuma dalam cara tak sama

hati ini senyum sendiri.
akal fikir sendiri
hati terbayang semua kenangan,
seolah dunia dalam dakapan kalian

usah,
jangan menagih rindu pada sang bulan, biarkan pungguk sahaja
biarlah dalam lipatan perasaan,
kususun dalam, terpendam,
tak siapa pun yang akan faham

kenangan semalam menjadi saksi
sejarah bakal terulang lagi
sejarah mungkin tercipta lagi
biar orang lama di hati
biar orang baru di sisi
biar aku sendiri di sisi sunyi

bintang, mungkin turut mendengar hilai tawa.
bulan, mungkin senyum malu terdengar gurauan
kita berjalan, ayuh kalian,
walau jejak dan peninggalan masih terkesan
bila aku disini,
sejarah akan kembali

jelmalah di sini, dalam hati.
ku meriduimu.


sajak ini diinspirasi daripada perjumpaan AGM Kelab Debat dan Pidato semalam. sedang kami semua menghantar siswi ke kompleks masing-masing, aku terkenangkan semua kawan-kawan debat yang pernah melangkah di jalan yang sama. rindu, bisiskku. sedih, senyumku.