Saturday 30 July 2011

kasturi syurga

hanyut dalam kederasan noda
akal dihulur tapi tak tersambut
malaikat pimpinlah tanganku bawa kemana sahaja
ke dunia jika bukan ke syurga
aku tidak berdaya saat bara ini menghitung kira untuk hinggap di sini-sana

bawaku terbang dengan sayap-sayap mu ke bulan bintang
menerawang jauh tidak ke petala terlarang
asal aku hilang dari segala tanggungan

peluklah, lindungi daku
bila bulan ketawa menyindir dan hujan pun turun meminggir
aku kebasahan dalam perhentian penuh persinggahan
pimpin aku ke jalan damai nun jauh di sana

walau susah perit bahu memasak dosa
aku juga kepingin untuk mencium kasturi syurga
lekas,
bawalah aku terbang kesana...

No comments:

Post a Comment