Friday, 7 October 2011

imejan sebalik kanta

mulut kau busuk
macam anjing
entah, belum pernah aku mencium anjing
tapi aku pasti baunya umpama milikmu

mulut aku wangi,
harum bagai artis di pentas tari
entah, belum pernah aku mencium artis
tapi pastinya segala kepunyaanku indah berseri

mudah
menjatuhkan untuk merobohkan
meragukan untuk meyakinkan
mematika untuk menghidupkan
merendahkan untuk meninggi
membenci untuk disayangi.

kau anjing
aku apa kurangnya?


No comments:

Post a comment